PdPr dengan Aplikasi Tik Tok

                           

  Semenjak dunia dilanda krisis Pandemik Covid-19, kepentingan akses mudah alih atas talian semakin terlihat oleh kaca mata umum. Perkembangan pesat penggunaan aplikasi atas talian ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

    Jika sebelum ini rata- rata masyarakat seolah endah tak endah dengan pelbagai kemudahan yang ditawarkan atas talian namun , sejak setahun dua ini , masing- masing sudah mahir menggunakan pelbagai jenis aplikasi atas talian tak kira muda atau muda.

    Tik tok bukan sahaja dibanjiri oleh pengguna muda remaja malah segala lapisan masyarakat tak kira peringkat umur kini memanfaatkan kemudahan ini untuk pelbagai tujuan.

   Bukan itu sahaja pengguna Tik Tok yang kini melebihi 689,17 juta (2020)  terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan tak kira golongan professional mahupun pelajar , daripada pekerja kantin sekolah hinggalah kepada guru sekolah.

  Viral kini mengenai penggunaan aplikasi Tik Tok dalam PdPr oleh guru bagi menggantikan kaedah tradisional pengajaran bersemuka di dalam bilik darjah.Apakah yang ditawarkan oleh Aplikasi Tik Tok ini?

    Tik Tok merupakan perkhidmatan rangkaian sosial digunakan untuk membuat tarian pendek, lip-sync, komedi, dan video .Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat video muzik pendek dan lip-sync 3 hingga 15 saat  dan video pendek 3 hingga 60 saat.

Pengguna Tik Tok boleh menghasilkan, mengedit dan menambah effek khas pada suntingan video pendek yang dihasilkan bukan itu sahaja malah pengguna boleh mengintegrasikan audio ke dalam video yang dihasilkan.

    Rata rata pengguna tik tok adalah dikalangan generasi z  justeru penggunaan tik tok dalam Pdpr sedikit sebanyak diharapkan dapat menggalakkan penglibatan lebih ramai murid  dalam proses pembelajaran biarpun ianya bersifat santai dan ringan.

   Guru- guru boleh menyesuaikan kaedah pengajaran seiring dengan perkembangan teknologi ini dan bersesuaian mengikut peringkat umur remaja seperti gen y yang sangat sukakan sesuatu yang bersifat hiburan serta lebih santai.

 Kepelbagaian pembelajaran ini sudah tentu dapat memperkayakan sumber rujukan murid sebagai alternatif kepada kaedah pembelajaran tradisional ' chalk and talk' dan mengutangkan tekanan.Seharusnya kita sama sama memanfaatkan teknologi di musim Pandemik covid -19 ini.

   Kepada guru guru yang berminat untuk mencuba aplikasi Tik Tok bolehlah menerokai lebih lanjut mengenai aplikasi ini.Sebelum menggunakan aplikasi Tik Tok pengguna perlu mendaftar akaun peribadi dari nombor telefon yang digunakan.

    Terdapat pelbagai kaedah untnuk membina akaun Tik Tok cara paling mudah dengan menggunakan nombor telefon atau menggunakan akaun yang tersedia, seperti akaun Google , Facebook atau akaun Instagram. Berikut menunjukkan cara membina akaun Tik Tok menggunakan kaedah paling asas.






Post a Comment

Previous Post Next Post